E-Kelas 8 Mac 2019

9 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

E-kelas Bahasa Inggeris diteruskan pada 8 Mac 2019 yang merangkumi Tahun 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Mereka mempelajari tentang cerita pendek yang terdiri daripada watak utama, watak sampingan dan pencerita. Pendedahan terhadap analisis suatu cerita pendek memberi penceritaan yang menarik kepada pelajar terutama jalan cerita, plot serta watak yang terlibat. Para pelajar diberi tugasan untuk menjawab soalan yang dikemukakan berdasarkan cerita pendek yang dipaparkan.

Kelas dihadiri oleh 14 orang pelajar, iaitu 7 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan yang merangkumi pelajar Tahun 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali